Follow Me on Twitter

    Sunday, January 10, 2010

    Kenapa Lelaki Tak Boleh Menulis di Ruangan NASIHAT

    Yang bertanya ni mau bunuh diri lepas baca NASIHAT ni:

    advice-column

    Terjemahan :

    Soalan :

    Kehadapan John,

    Saya harap saudara dapat membantu saya. Pada satu hari, saya seperti biasa ke tempat kerja - dan semasa saya keluar, suami saya pada masa tu sedang menonton TV. Tiba-tiba kereta saya terhenti dan rosak kira-kira satu batu jaraknya dari rumah. Saya terpaksa menapak kembali ke rumah untuk mendapatkan bantuan dari suami saya. Saya tak percaya apa yang saya lihat semasa sampai dirumah. Pada masa itu, dia sedang berada di dalam bilik tidur bersama-sama dengan anak jiran saya!!

    Umur saya 32 tahun. Suami saya pula berumur 34 tahun dan anak perempuan jiran saya pula berumur 19 tahun. Kami telah berkahwin selama 10 tahun. Bila saya bertanya kepadanya, dia menangis dan memberitahu saya bahawa dia telah menjalin hubungan dengan budak perempuan tersebut semenjak 6 bulan lalu. Dia bertegas tidak akan mendapatkan khidmat nasihat untuk menyesaikan masalah ini. Saya dah putus asa dan amat memerlukan nasihat dari saudara. Tolonglah bantu saya.

    Yang benar, Sheila.



    Jawapan :

    Kehadapan Sheila,

    Enjin kereta tiba-tiba mati selepas dipandu untuk jarak yang dekat mungkin diakibatkan oleh pelbagai masalah dari enjin. Mulakan dengan memastikan tiada bendasing yang menghalang saluran minyak kereta saudari. Jika tiada masalah pada saluran minyak, sila periksa pada paip vakum, ruang / rungga tempat mengisi minyak dan bahagaian pendawaian bumi. Jika kesemua langkah tersebut tidak berkesan, ianya berkemungkinan pengepam minyak pada bahagian enjin yang bermasalah - menghasilkan tekanan yang tidak cukup tinggi untuk mengalirkan minyak kepada bahagian injector.

    Saya harap pandangan saya ini dapat menyelesaikan masalah saudari.

    John.
    blog comments powered by Disqus
     

    About

    Site Info

    Text

    Sumri's Blog Space Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template